China Sedia Bersama Anggota BRICS Dorong Kedamaian dan Ketenteraman di Rantau Asia Barat dan Teluk - Xi

(CRI)Sabtu 12 September 2026

China bersedia bersama-sama negara-negara BRICS untuk memainkan peranan demi mendorong kedamaian dan ketenteraman di rantau Asia Barat dan Teluk.

Demikian dinyatakan Presiden China Xi Jinping semasa menyampaikan ucapan pada fasa pertama Sidang Kemuncak BRICS ke-18 yang diadakan di New Delhi, India pada Sabtu petang.

Beliau menyatakan bahawa situasi di rantau Asia Barat dan Teluk terus berkembang rumit. Peperangan itu telah membawa kerugian teruk kepada rakyat dari pelbagai negara di rantau berkenaan, dan tidak selaras dengan kepentingan bersama masyarakat antarabangsa.

"Saya telah mengemukakan cadangan empat perkara untuk memelihara dan mendorong kedamaian dan kestabilan di rantau Asia Barat, menyeru semua pihak terlibat agar meredakan ketegangan, menghentikan kekerasan dan mewujudkan perdamaian.

"Pihak-pihak berkaitan harus berpegang kepada penyelesaian politik untuk mencapai gencatan senjata menyeluruh secara berkekalan," kata Xi.

Video

Berita Berkaitan