- Lain-lain
BRICS Capai Hasil Cemerlang dalam Dua Dekad Lalu - Xi
Presiden China Xi Jinping menghadiri fasa pertama Sidang Kemuncak BRICS ke-18 yang diadakan di New Dehli, India pada Sabtu petang.
Ketika menyampaikan ucapan pada sidang itu, Xi mengatakan bahawa tahun ini merupakan ulang tahun ke-20 kerjasama negara-negara BRICS.
Dalam tempoh dua dekad lalu, mekanisme kerjasama BRICS telah berkembang menjadi platform kerjasama yang paling berpengaruh antara pasaran-pasaran baru muncul dan negara-negara membangun di dunia, ujar Xi.
Beliau berkata, dalam dua dekad lalu, BRICS sebagai kekuatan di barisan terdepan dalam Selatan Global, dengan teguh mempertahankan kebebasan, dan giat meneroka jalan pembangunan yang sesuai dengan keadaan negara masing-masing. BRICS telah menjadi teladan bagi kesatuan pasaran-pasaran baru muncul dan negara-negara membangun.
Dalam tempoh 20 tahun lalu, negara-negara BRICS tidak gentar menempuh rintangan dan terus maju ke depan dengan tabah. Pelbagai negara berganding bahu untuk menghadapi cabaran bersama termasuk krisis kewangan antarabangsa, pandemik COVID-19, dan perubahan iklim. BRICS komited memelihara kepentingan bersama Selatan Global dan menyumbangkan faktor kestabilan dan tenaga positif untuk dunia, ujar Xi.
Beliau menambah bahawa kerjasama BRICS membuahkan hasil memberangsangkan dalam tempoh 20 tahun lalu, dengan anggota pertubuhan ini kian banyak dan rangka kerja kerjasama pelbagai peringkat berjaya dibentuk. Di samping itu, kerjasama BRICS dalam sektor perdagangan, pelaburan, kewangan, serta sains dan teknologi kian ditingkatkan dan mencapai tahap baharu pembangunan bermutu tinggi "BRICS raya".
- BRICS Jadi Barisan Terdepan dalam Selatan Global - MFA
- Xi Selamat Tiba di New Delhi
- Xi Berlepas untuk Hadiri Sidang Kemuncak BRICS ke-18 di India
- China Ikrar Bersinergi Bersama Anggota BRICS Tangani Cabaran Global
- Negara BRICS Anjur Mesyuarat mengenai Isu Asia Barat di New Delhi
- Presiden China, Brazil Adakan Perbualan Telefon
- China Alu-alukan Penyertaan Malaysia dalam Kerjasama BRICS
- Xi Hadir Sidang Kemuncak BRICS Secara Maya
- China Mahu Jalin Kerjasama dengan Pelbagai Pihak, Dorong Pembangunan 'Greater BRICS'
- PM China Dijadual Hadiri Sidang Kemuncak BRICS ke-17




