AS Digesa Henti Bangunkan Ketenteraan di Angkasa Lepas

(CRI)Rabu 16 September 2026

Amerika Syarikat (AS) digesa menghentikan tindakan membangunkan ketenteraan di angkasa lepas sebaliknya berusaha memelihara kestabilan strategik global menerusi tindakan konkrit.

Gesaan itu dibuat jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun dalam sidang media pada Selasa ketika mengulas kenyataan Angkatan Angkasa AS bahawa mereka sudah mempunyai kelengkapan senjata yang ditempatkan di angkasa lepas.

Guo berkata China berpendirian konsisten untuk menggunakan angkasa lepas secara damai, di samping menentang amalan yang menjadikan angkasa lepas sebagai zon perang atau tempat perlumbaan senjata.

Video

Berita Berkaitan