- Lain-lain
Tinjauan Pendapat Global CGTN: Imej AS Semakin Negatif
China Global Television Network (CGTN) telah bekerjasama dengan Universiti Renmin China menjalankan satu tinjauan soal selidik melalui Institut Penyelidikan Komunikasi Antarabangsa Era Baharu, terhadap 12,302 responden dari 39 buah negara di seluruh dunia mengenai imej negara Amerika Syarikat (AS).
Tinjauan yang dijalankan secara online panel ini, melibatkan responden dalam lingkungan usia antara 18 hingga 65 tahun, dan sampel yang sesuai dengan keadaan umur dan jantina yang termaktub dalam keputusan banci penduduk di negara-negara terbabit. Ia juga mempunyai kerelevanan tinggi dengan pelbagai negara utama dalam kem "Global South" dan negara maju.
Menurut hasil tinjauan tersebut, sebanyak 64.4 peratus responden berpendapat bahawa AS merupakan negara yang menakutkan, manakala 75 peratus responden pula berpendapat bahawa AS merupakan pengamal hegemoni yang sewenang-wenang.
Menyentuh tentang dasar Luar AS, 73.3 peratus responden berpendapat bahawa kepentingan negara lain terabai secara serius dalam diplomasi AS, 68.4% pula berasa dasar luar AS merupakan ancaman bagi keamanan dunia.
Selain itu, 66.9 peratus berpendapat bahawa AS menyebabkan kerosakan kepada kerjasama antarabangsa, dan 65.5 peratus pula berpandangan dasar luar AS pada masa ini sama sekali tidak selaras dengan statusnya sebagai sebuah negara kuasa besar.
- Rizab Petroleum Strategik AS Jatuh ke Paras Terendah Sejak Julai 1983
- China Gesa AS Henti Sekatan Terhadap Cuba
- Angka Korban Letupan Tangki Bahan Kimia di AS Meningkat kepada 11
- Insiden Tembakan Berhampiran Rumah Putih Dikenal Pasti Komplot Bunuh Trump
- AS Adakan Latihan Tentera di Venezuela
- AS Lulus Penjualan Senjata Bernilai USD25.8 Bilion kepada Asia Barat
- AS Perlu Hentikan Tindakan Unilateral Yang Tidak Mengikut Undang-Undang
- Insiden Keselamatan Majlis Makan Malam Rumah Putih, Suspek Ditahan
- Lapan Kanak-kanak Maut Ditembak di Louisiana, AS
- Tentera AS Mula Laksanakan Sekatan Maritim di Selat Hormuz




