- Lain-lain
Kerjasama Rentas Sempadan Barulah Penyelesaian Kondusif bagi Perangi Penipuan Telekomunikasi

Fakta menunjukkan bahawa China bukan sahaja terus menambah baik sistem perundangan yang berteraskan Undang-undang Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Penipuan Telekomunikasi dan Siber, malah aktif menjalankan penguatkuasaan undang-undang bersama dengan pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), serta menggalakkan penubuhan mekanisme kerjasama antarabangsa dalam memerangi penipuan.
Demikian dinyatakan Profesor Madya Miao Zhengming dari Sekolah Keselamatan Negara, Universiti Keselamatan Awam Rakyat China baru-baru ini.
"Dalam menghadapi kegiatan jenayah rentas negara, sengaja melabel stigma atau mereka-reka alasan mencalar imej negara lain tidak dapat melindungi keselamatan rakyat dan harta benda milik mereka di mana-mana negara pun.

"Sebaliknya, menjelaskan tanggungjawab berdasarkan fakta, menyekat ruang jenayah melalui memartabatkan penguatkuasaan undang-undang, dan memutuskan rantaian jenayah rentas sempadan melalui kerjasama, barulah jawapan sebenar yang diperlukan oleh tadbir urus antarabangsa dalam memerangi penipuan," ujar Miao.
"Segelintir pegawai dan media dari kem Barat yang diketuai AS menyimpang daripada fakta objektif dan memperbesar-besarkan apa yang disebut 'kesemuanya berpunca dari China'. Modus operandi seumpama itu pada hakikatnya adalah bertujuan mempolitikkan isu keselamatan awam, memindahkan perhatian terhadap kekurangan yang wujud dalam tadbir urus pihak diri sendiri, menimbulkan ketidakpercayaan antara negara, dan merosakkan kerjasama penguatkuasaan undang-undang rentas sempadan," tambah beliau.
- Perikatan Antarabangsa Banteras Penipuan Telekomunikasi Ditubuhkan atas Inisiatif China
- Kes Jenayah dan Keselamatan Awam China Catat Penurunan Pada Separuh Pertama 2026
- Polis China, AS dan UAE Lancar Operasi Bersama Banteras Sindiket Penipuan Dalam Talian
- Kemboja Lulus Undang-undang Banteras Penipuan dalam Talian
- Upacara Penyerahan Bantuan Barang Kepolisan China kepada Kemboja Berlangsung di Phnom Penh
- Mahkamah China Selesaikan Lebih 27,000 Kes Penipuan Telekomunikasi Berkaitan Myanmar
- 630 Bangunan KK Park Diroboh, Operasi Bersepadu Tiga Negara Berjaya
- China Berjaya Banteras 258,000 Kes Penipuan Telekomunikasi pada Tahun 2025
- Bukti Baharu Jenayah Unit 731 Tentera Jepun Didedah
- Myanmar Tubuh Jawatankuasa Penyeliaan untuk Banteras Penipuan Telekomunikasi




