CAEXPO: AI Jana Kerjasama Ekonomi, Raih Hasil Memberangsangkan

(CRI)Selasa 22 September 2026

Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) edisi ke-23 yang berlangsung dari 17 hingga 21 September telah secara aktif membina platform penyambungan industri kecerdasan buatan (AI) antara China dengan negara-negara ASEAN.

Antara hasil-hasil yang dicapai dalam CAEXPO edisi kali ini merangkumi pelancaran sebanyak 42 kerjasama dalam aplikasi AI ASEAN dan pemeteraian hampir seratus Memorandum Persefahaman (MoU) bagi kerjasama pada peringkat awal.

Selain itu, MoU kerjasama yang ditandatangani dengan negara-negara ASEAN mencatat lebih 10 bilion yuan (RM6.09 bilion) sepanjang CAEXPO berlangsung.

Setiausaha Agung Sekretariat CAEXPO, Wang Jicai berkata, keluasan zon pameran AI bertambah 60 peratus berbanding pameran sebelumnya, sekaligus menarik kehadiran kira-kira 296 syarikat pempamer, iaitu meningkat 48 peratus berbanding CAEXPO edisi tahun lalu.

Sementara itu, 'pasar raya' berunsurkan AI mencuri perhatian ramai dan menjadi viral dalam CAEXPO kali ini.

Pada masa sama, lebih 70 perusahaan mempamerkan dan menjual lebih 500 jenis produk dalam lapan kategori, dengan keseluruhan transaksi mencapai lebih 28 juta yuan (RM17.05 juta), dan mendapat sambutan hangat daripada para pengguna.

Video

Berita Berkaitan