CAEXPO ke-23 Papar Lebih 170 Pencapaian Teknologi Termaju

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 18 September 2026

Pelawat melihat robot membancuh teh di seksyen pameran AI. (foto/VCG)

Pelawat melihat robot membancuh teh di seksyen pameran AI. (foto/VCG)

Pameran Teknologi Canggih sempena Ekspo China-ASEAN ke-23 dibuka secara rasmi pada 17 September, memaparkan lebih 170 pencapaian teknologi termaju dari 70 negara peserta.

Pameran tahun ini menumpukan bidang baharu seperti kecerdasan terkandung, ruang angkasa komersial, kenderaan tenaga baharu, perkakasan bertaraf tinggi, bahan baharu, teknologi kuantum, dan bioperubatan, menyerlahkan kemajuan terkini dalam kerjasama inovasi teknologi China-ASEAN.

Pelawat melihat model satelit AIRSAT-05. (foto/VCG)

Pelawat melihat model satelit AIRSAT-05. (foto/VCG)

Banyak pameran canggih dipertontonkan dari sektor angkasa komersial dan perkakasan bertaraf tinggi.

AIRSAT Group China telah memperkenalkan satelit “Beibu Gulf-2” milik Guangxi kepada umum. Satelit ini dilancarkan ke orbit pada Ogos 2026, dan bersama-sama “Beibu Gulf-1” melengkapkan rangkaian gugusan satelit pertama yang dibangunkan sendiri oleh Guangxi, menawarkan pemantauan cuaca secara deria jauh serta perkhidmatan lain yang berkenaan kepada kawasan Teluk Beibu dan negara-negara ASEAN.

Pelawat melihat model EMU kelajuan tinggi “Lancang” untuk Rel China-Laos. (foto/VCG)

Pelawat melihat model EMU kelajuan tinggi “Lancang” untuk Rel China-Laos. (foto/VCG)

CRRC Corporation Limited pula telah mengusahakan pelbagai projek kolaborasi mercu tanda, termasuk projek rel ringan automatik rentas laut dan rentas negara pertama di dunia ­– Sistem Transit Aliran (RTS) Johor Bahru-Singapura – serta EMU kelajuan tinggi “Lancang” untuk Rel China-Laos yang menggunakan teknologi antara sambungan isyarat rentas sempadan. Selain beberapa siri lokomotif tenaga baharu, mereka turut memperkenalkan tren laju yang disesuaikan bagi kegunaan di Asia Tenggara untuk Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Malaysia.

Di ruang pameran mereka, Guangxibeitou IT INNOVATION Technology Investment mempertontonkan sebuah model besar berbilang budaya yang dibangunkan bersama dengan Malaysia, yang menyokong interaksi pelbagai bahasa termasuk Melayu, Cina dan Inggeris, meliputi kesemua 13 negeri di Malaysia. Sistem ini telah pun diguna pakai dalam beraneka macam senario seperti perkhidmatan awam, penciptaan kandungan, dan pendidikan atas talian.

Video

Berita Berkaitan