Pavilion Permintaan ASEAN Diperkenalkan Buat Pertama Kali dalam CAEXPO

(CRI)Rabu 02 September 2026

Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-23 dijadual berlangsung di Nanning, Guangxi dari 17 hingga 21 September tahun ini, dengan tema "Berkongsi Peluang 3.0, Mencipta Kehidupan Bahagia Bersama".

CAEXPO edisi kali ini akan memberi tumpuan kepada pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas (FTA) bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi serantau berkualiti tinggi, selain mengetengahkan pencapaian dan perkembangan terbaharu dalam kerjasama ekonomi serta perdagangan China-ASEAN.

Menurut Jabatan Penerangan Dewan Negara China pada Selasa, buat pertama kalinya Pavilion Permintaan ASEAN akan dibuka dan Senarai Keperluan ASEAN turut akan diterbitkan.

Dimaklumkan, keperluanprojek dan senario dari pelbagai negara dalam bidang pengangkutan, logistik pintar, pengurusan bandar, dan pembinaan taman perindustrian telah dikumpulkan.

Video

Berita Berkaitan