- Lain-lain
GDTE Ke-5 Buka Tirai, AI Jadi Tumpuan Utama
Ekspo Perdagangan Digital Global (GDTE) Ke-5 yang bertemakan "Meet the AI Future at GDTE" membuka tirai di Hangzhou, provinsi Zhejiang pada Rabu, dengan menonjolkan teknologi, senario, dan trend baharu dalam bidang perdagangan digital.
Menumpukan kepada "Kecerdasan Buatan (AI) Menjana Perdagangan Digital", GDTE edisi kali ini berjaya menarik kehadiran lebih 2,000 syarikat pempamer dari seluruh dunia, dan separuh daripadanya adalah syarikat berkaitan AI.
Zon Pameran Masa Depan AI yang buat julung kalinya disediakan di pavilion pameran tema, memaparkan rantaian penuh industri AI termasuk asas kuasa pengkomputeran, perkhidmatan model, pengaplikasian senario dan lain-lain.
Hari Pelaburan Inovasi Perdagangan Digital merupakan salah satu daripada 50 acara sampingan yang dijadual berlangsung sempena GDTE kali ini dan akan menyiarkan hasil-hasil perkembangan dalam sektor dagangan digital global.
Selain itu, Pertandingan Inovasi Perdagangan Digital Global tahun ini buat pertama kalinya menumpukan Embodied AI, dengan lebih seratus pasukan akan bersama-sama bertanding di pentas ekspo ini.
- Malaysia Jadi Negara Tetamu Kehormat GDTE ke-5
- Lebih 400 Produk, Teknologi Baharu Bakal Debut di GDTE ke-3
- Ekspo Perdagangan Digital Global ke-2 Berakhir
- Teknologi Canggih yang Terkini dalam GDTE Ke-2
- China Komited Menyumbang kepada Pembangunan Mampan Dagangan Digital
- Ekspo Perdagangan Digital Global Pamer Kedinamikan Inovasi
- Xi Hantar Surat Tahniah kepada Ekspo Perdagangan Digital
- Ekspo Data Raya Dijadualkan di Guizhou, 26 hingga 28 Mei
- GDTE Edisi Pertama Buka Tirai di Hangzhou




