- Lain-lain
Filipina Digesa Henti Beri Isyarat Salah kepada Pemisah 'Kemerdekaan Taiwan'

China mengesa Filipina supaya teguh berpegang kepada prinsip Satu China, dan berhenti memberi isyarat yang salah kepada pihak pemisah 'kemerdekaan Taiwan'.
China juga menentang mana-mana negara yang menjalin hubungan diplomatik dan menjalankan sebarang bentuk hubungan rasmi dengan wilayah Taiwan, China.
Pendirian itu ditegaskan jurucakap Pejabat Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara China, Zhu Fenglian dalam sidang pada Rabu, sebagai respons terhadap kenyataan pegawai Jabatan Hal Ehwal Luar wilayah Taiwan, Lin Chia-lung yang mendakwa Taiwan akan membuka pejabat di Cebu, Filipina, yang turut mencetuskan kerisauan dalam kalangan masyarakat awam di Taiwan.
Zhu berkata, tindakan pihak Parti Progresif Demokratik (DPP) Taiwan yang berdegil dengan 'bergantung kepada kuasa luar negara demi kemerdekaan' tidak dapat mengubah hakikat bahawa Taiwan merupakan sebahagian wilayah dimiliki China.
Tindakan itu juga katanya tidak akan menggoyahkan konsensus masyarakat antarabangsa terhadap prinsip Satu China dan pasti akan menemui kegagalan.
- Langgar Batas dalam Soal Taiwan Bawa Akibat yang Serius: MFA
- China Hargai Kenyataan PM Malaysia Berhubung Isu Taiwan
- Kerjasama AS-Filipina Tidak Patut Jejaskan Kepentingan Pihak Ketiga - Kementerian Luar
- China, Indonesia Jayakan Latihan Bersama di Timur Pulau Taiwan
- Tentera Laut China dan Indonesia Adakan Latihan Bersama di Timur Pulau Taiwan
- Taiwan Bukan Negara, Maka Istilah "Maruah Negara" Tidak Wujud
- Lebih 100 Warga Filipina Dikenakan Tindakan Undang-undang di China
- China Kritik Kenyataan Berat Sebelah Pihak Berkuasa Taiwan Berhubung Isu Terumbu Ren'ai
- Ucapan Xi Pastikan Hala Tuju Perjuangan Masyarakat di Hong Kong, Makau dan Taiwan
- Rondaan Formasi Kapal Penguatkuasa China di Perairan Timur Taiwan Berkekalan




