China Kritik Kenyataan Berat Sebelah Pihak Berkuasa Taiwan Berhubung Isu Terumbu Ren'ai

(CRI)Rabu 22 Julai 2026

China mengkritik kenyataan pihak berkuasa Taiwan yang mengulas insiden di terumbu Ren'ai, dengan mendakwa kenyataan itu menyebelahi pihak luar serta memutarbelitkan fakta.

Demikian menurut jurucakap Pejabat Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara China, Zhang Han dalam sidang media harian pada Rabu, ketika diminta mengulas kenyataan pihak berkuasa Taiwan berhubung insiden tersebut.

Menurut beliau, terumbu Ren'ai merupakan sebahagian daripada Kepulauan Nansha dan wilayah China.

Zhang turut mendakwa pihak berkuasa Taiwan telah kehilangan pendirian nasional selain menyebelahi kuasa luar dengan mengelirukan fakta serta mengkritik dan memburukkan Tanah Besar China.

Tindakan tersebut telah mendedahkan sifat jahat mereka yang melupakan asal usul dan "bersandar kepada kuasa luar untuk mencapai kemerdekaan."

Video

Berita Berkaitan