- Lain-lain
Lebih 100 Warga Filipina Dikenakan Tindakan Undang-undang di China
Tindakan pihak berkuasa China yang menangkap warga Filipina baru-baru ini kerana disyaki melanggar undang-undang China bukan satu bentuk tindak balas China terhadap penangkapan rakyat negara itu oleh pihak Filipina.
Menjawab soalan wartawan semasa sidang media pada Isnin berhubung isu tersebut, jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun berkata agensi pengurusan imigresen di seluruh negara kini terus mempergiat usaha menangani warga asing yang masuk, tinggal dan bekerja secara haram di China.
Malah katanya, operasi tersebut dilakukan mengikut undang-undang.
Guo berkata lebih seratus warga Filipina telah dikenakan tindakan undang-undang kerana bekerja dan tinggal secara haram di China.
Ujarnya sepanjang operasi khas tersebut, pegawai pengurusan imigresen menjalankan penguatkuasaan mengikut etika dan undang-undang yang ditetapkan serta melindungi hak dan kepentingan warga asing yang terlibat.
- China Kenakan Sekatan Terhadap Menteri Pertahanan Filipina dan Keluarganya
- Tentera China Selamatkan 17 Anak Kapal Filipina di Laut China Selatan
- PLA Halau Pesawat Filipina Ceroboh Ruang Udara Pulau Huangyan
- Filipina Digesa Hentikan Provokasi di Laut China Selatan
- China Tidak Pernah Terima Permohonan Suaka Duterte
- Martabatkan Undang-Undang Anti-Pemisahan Negara - Zhao Leji
- Pesawat Bawa Duterte Berlepas ke Hague
- ‘Lianghui’: Penggubal Undang-undang China Serah 269 Usul
- Xi Utus Surat kepada Perhimpunan Persatuan Undang-undang
- Tindakan Filipina Bawa Masuk Sistem Typhon Ancam Kedamaian Serantau: MFA




