Langgar Batas dalam Soal Taiwan Bawa Akibat yang Serius: MFA

(CRI)Selasa 15 September 2026

China tegas menentang negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengannya menjalinkan sebarang bentuk hubungan rasmi dengan pihak berkuasa Taiwan.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun dalam sidang media pada Isnin.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai reaksi kepada tindakan segelintir ahli Parlimen Panama menubuhkan 'kumpulan pertukaran berparlimen Panama-Taiwan' baru-baru ini yang pelancarannya turut dihadiri anggota Kongres Amerika Syarikat (AS) secara dalam talian.

Tegas Guo, penubuhan kumpulan berkenaan melanggar prinsip satu China yang sentiasa dipegang oleh Panama.

Beliau berkata tindakan melanggar batas dalam soal Taiwan akan membawa padah dan akibat yang serius.

China menggesa agar pihak AS tidak mengeluarkan sebarang mesej yang salah kepada pemisah 'kemerdekaan Taiwan', selain berhenti menjejaskan hubungan antara China dan Panama.

Terdahulu, Presiden Panama Jose Raul Mulino menyatakan bahawa beliau tidak menyokong tindakan ahli parlimen negara itu untuk mengadakan apa jua hubungan dengan Taiwan.

Video

Berita Berkaitan