- Lain-lain
Xi Ucap Tahniah Penganjura Dialog Peringkat Tinggi Sempena Ulang Tahun Ke-5 GDI
Presiden China Xi jinping mengucapkan tahniah atas penganjuran Dialog Pringkat Tinggi sempena Ulang Tahun Ke-5 Inisiatif Pembangunan Global (GDI) yang berlangsung di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Jumaat waktu tempatan.
Xi dalam perutusan tahniahnya berkata pembangunan ekonomi dan sosial kekal sebagai tema bagi umat manusia, selain menjadi kunci kepada kebahagiaan rakyat.
"Sepanjang tempoh lima tahun ini, hasil usaha bersama oleh semua pihak, GDI telah dilaksanakan secara meluas. Projek kerjasama di bawah inisiatif ini kini telah bertapak kukuh serta membuahkan hasil di lebih 120 buah negara," kata beliau.
Menurut Xi, sebagai negara membangun terbesar dan sebahagian daripada Selatan Global, China bersedia bekerjasama dengan semua pihak, berpegang kepada falsafah pembangunan berpaksikan rakyat, dan bersama-sama memajukan GDI dengan lebih mendalam dan berkesan, menjadikan visi matlamat pembangunan mampan satu realiti yang dapat dirasai, serta memberi sumbangan lebih besar dalam membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.
- China Seru Komuniti Antarabangsa Laksanakan Semangat Deklarasi Hak Pembangunan
- Seminar Antarabangsa Anti-keganasan 2026 di Xinjiang Bertujuan Martabatkan Penguatkuasaan, Jana Impak Sosial
- China Seru Perkukuh Kerjasama, Pacu Pembangunan Global
- Persidangan Peringkat Tinggi Mengenai GDI Berlangsung di Beijing
- Forum Lanting: Martabatkan Initiatif Tadbir Urus Global demi Manfaat Umat Manusia
- China Kekal Status Negara Membangun Terbesar: MOFCOM
- Delegasi PKC Hadir ICAPP Ke-12 di Kemboja
- Xi Seru Sinergi Bina Dunia Adil yang Maju Bersama
- Pakistan Boleh Ambil Contoh dari Pembangunan China - PM Shehbaz
- Forum Tindakan Global di Beijing untuk Kongsikan Pembangunan




