Persidangan Peringkat Tinggi Mengenai GDI Berlangsung di Beijing

(CRI)Selasa 28 Julai 2026

Persidangan Peringkat Tinggi Mengenai Inisiatif Pembangunan Global (GDI) berlangsung di Beijing pada Selasa. Ahli Biro Politik JawatankuasaPusat Parti Komunis China (PKC), juga Menteri Luar Wang Yi menghadiri persidangan dan menyampaikan ucapan.

Persidangan itu bertemakan "Lima Tahun Inisiatif Pembangunan Global: Berganding Tangan Bina Masa Depan Pembangunan Mampan yang Lebih Indah".

Ia menghimpunkan pegawai kanan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), diplomat dari anggota Kumpulan Sahabat GDI, wakil agensi pembangunan PBB di China, serta pakar dan sarjana dari dalam dan luar negara.

Para peserta akan bertukar pandangan mengenai hasil pelaksanaan GDI, keutamaan kerjasama dan sumbangan inisiatif berkenaan kepada dunia.

Video

Berita Berkaitan