China Kekal Status Negara Membangun Terbesar: MOFCOM

(CRI)Jumaat 26 September 2025

China memutuskan untuk tidak meminta sebarang layanan istimewa dan berbeza yang baharu dalam rundingan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Keputusan berkenaan diumumkan pada satu mesyuarat sempena sesi ke-80 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York baru-baru ini.

Jurucakap Kementerian Perdagangan (MOFCOM) He Yadong pada Khamis berkata, keputusan itu mencerminkan komitmen China memikul tanggungjawab sebagai negara membangun dan negara perdagangan besar di dunia.

Hal itu juga bermanfaat bagi pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global (GDI) serta pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan 2030.

Beliau berkata keputusan berkenaan tidak mengubah status China sebagai anggota yang sedang membangun dalam WTO.

Tegas beliau, China tetap merupakan negara membangun terbesar dunia dan anggota Selatan Global.

China komited terus mengamalkan multilateralisme jitu dan menyokong sistem perdagangan multilateral berasaskan peraturan.

Jurucakap itu menambah, China akan bergabung tenaga dengan anggota membangun lain untuk merapatkan jurang pembangunan Selatan-Utara dan menyumbang kepada penambahbaikan tadbir urus ekonomi global serta pembinaan ekonomi dunia yang terbuka.

Video

Berita Berkaitan