Forum Lanting: Martabatkan Initiatif Tadbir Urus Global demi Manfaat Umat Manusia

(CRI)Selasa 28 Oktober 2025

Prinsip, kaedah dan laluan bagi menambahbaik tadbir urus global termaktub dalam Initiatif Tadbir Urus Global (GGI) anjuran Presiden China Xi Jinping, yang dilihat selaras dengan keperluan dunia, dan boleh menyuntik kestabilan dan kepastian kepada dunia yang berada dalam pergolakan sekarang ini, sama seperti tiga lagi inisiatif anjuran Xi, iaitu Inisiatif Keselamatan Global (GSI), Inisiatif Pembangunan Global (GDI) dan Inisiatif Peradaban Global (GCI).

Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi ketika menyampaikan ucapan yang bertajuk "Memartabatkan GGI, Bersama Membina Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan" dalam Forum Lanting ke-23 yang diadakan di sini pada Isnin.

"Sejurus diketengahkan, GGI terus mendapat sokongan jelas dari 140 negara dan pertubuhan antarabangsa.

"China bersedia berusaha bersama pelbagai pihak untuk menggalakkan pelaksanaan GGI, mempertahankan perundingan yang sama rata, memacu inovasi, dan menyemarakkan semangat 'sedikit sedikit menjadi bukit' dalam mendorong pembaharuan sistem tadbir urus global secara berterusan demi manfaat sedunia" kata Wang.

Beliau menambah, Sidang Pleno ke-4 Jawatankuasa Pusat penggal ke-20 Parti Komunis China (PKC) telah meluluskan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 (2026-2030). Ini bukan sahaja merupakan cetak biru bagi pembangunan ekonomi dan sosial China bagi lima tahun yang akan datang, tetapi juga memaparkan wawasan China untuk mencapai kemajuan yang sama menang di pentas dunia.

Tegas Wang, China bersedia menggembeleng tenaga dengan masyarakat antarabangsa, memartabatkan pelaksanaan GGI secara menyeluruh, dan membina sistem tadbir urus global yang lebih adil dan rasional demi masa depan lebih cerah untuk umat manusia.

Video

Berita Berkaitan