Xi Tamatkan Lawatan Negara ke AS

(CRI)Sabtu 26 September 2026

Presiden China Xi Jinping menamatkan lawatan negara ke Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat dan berlepas pulang ke Beijing.

Pegawai-pegawai kanan AS mengucapkan selamat jalan kepada Xi di lapangan terbang. Upacara turut melibatkan tembakan kehormat sebanyak 21 das.

Di jalan-jalan dari pusat bandar Washington, D.C., ke lapangan terbang, ramai perantau China, keturunan Cina dan penuntut China berada di tepi jalan, melambaikan bendera kebangsaan China dan AS sambil mengucapkan tahniah atas kejayaan lawatan Xi kali ini.

Video

Berita Berkaitan