Pasangan Panda Gergasi China Berlepas ke Atlanta

(CRI)Ahad 27 September 2026

Sebuah pesawat sewa khas yang dinaiki pasangan panda Ping Ping (jantan) dan Fu Shuang (betina) dari China telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shuangliu di bandar Chengdu dan menuju ke Amerika Syarikat (AS) pada kira-kira jam 2.55 pagi Ahad.

Kedua-dua ekor panda gergasi itu akan ditempatkan dan menetap di Zoo Atlanta, negeri Georgia, untuk tempoh sepuluh tahun akan datang.

Majlis perpisahan dengan pasangan panda tersebut sebelum keberangkatan mereka telah diadakan di Pusat Penyelidikan Pembiakan Panda Gergasi Chengdu.

Video

Berita Berkaitan