- Lain-lain
Indonesia Sambut Kelahiran Bayi Panda Gergasi Pertama

Taman Safari Indonesia (TSI) Bogor menyambut kelahiran bayi panda gergasi pertama di negara itu baru-baru ini. Ini sekali gus menandakan kemajuan penting yang dicapai China dan Indonesia dalam kerjasama perlindungan dan pembiakan panda gergasi.
Dalam sidang media yang diadakan di dewan panda taman safari Bogor pada Selasa, Menteri Perhutanan Indonesia, Raja Juli Antoni berkata, bayi panda itu dilahirkan pada 27 November 2025 dan merupakan anak pasangan panda Cai Tao dan Hu Chun dari China. Bayi itu kini dalam keadaan sihat.
Kerajaan Indonesia mengumumkan berita baik tersebut bertepatan 40 hari kelahiran bayi panda tersebut, bukan sahaja membawa makna baik, tetapi juga selaras dengan budaya masyarakat tempatan.
Menurut taklimat, kerja pembiakan anak panda tersebut dijalankan bersama oleh pasukan penyelidik dari China dan Indonesia dengan menggunakan teknologi pembiakan bantuan.
- Pangkalan Panda Baharu Dibuka kepada Orang Awam di Mianyang
- Genap Sebulan: Panda Chen Xing, Xiao Yue Sesuai di Malaysia
- "Teater Panda" sempena Musim Tayangan Program China Dilancarkan di Malaysia
- China Perkukuh Perlindungan Menyeluruh Panda Gergasi
- Pasangan Panda Gergasi Chen Xing, Xiao Yue Tiba di Malaysia
- Pangkalan Panda Gergasi Baharu Mula Operasi Percubaan di Chengdu
- Sichuan Pergiat Pembangunan Taman Negara Panda Gergasi
- Panda Huan Huan dan Yuan Zai di Perancis akan Pulang ke China
- Anak Panda Gergasi Tempatan Pertama di HK Dapat Nama
- Panda Gergasi Fu Wa, Feng Yi Selamat Tiba di Sichuan




