- Lain-lain
Panda Gergasi Xiao Xiao, Lei Lei Selamat Kembali ke China
![]() |
Dua panda gergasi yang pulang dari Jepun selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tianfu Chengdu pada awal pagi Rabu, sebelum dibawa ke pangkalan Pusat Perlindungan dan Penyelidikan Panda Gergasi China di Ya'an.
Xiao Xiao dan Lei Lei, kembar panda gergasi yang dilahirkan di zoo Ueno Jepun pada Jun 2021, berlepas pulang dari negara itu pada Selasa.
Ibu bapa mereka ialah Shin Shin dan Ri Ri, yang pulang ke China pada Sept 2024. Kakak kembar itu, Xiang Xiang, juga sudah kembali ke China pada Februari 2023.
Untuk menyambut kepulangan Xiao Xiao dan Lei Lei, pangkalan Ya'an telah membuat pelbagai kerja persiapan rapi seperti pemeriksaan badan dan kuarantin, untuk membantu kembar panda gergasi itu menyesuaikan diri dengan persekitaran di kampung halaman dengan secepat mungkin.
![]() |
![]() |
![]() |
- Lima Panda Jumpa Orang Ramai di Fuzhou Panda World
- Indonesia Sambut Kelahiran Bayi Panda Gergasi Pertama
- Pangkalan Panda Baharu Dibuka kepada Orang Awam di Mianyang
- Genap Sebulan: Panda Chen Xing, Xiao Yue Sesuai di Malaysia
- "Teater Panda" sempena Musim Tayangan Program China Dilancarkan di Malaysia
- China Perkukuh Perlindungan Menyeluruh Panda Gergasi
- Pasangan Panda Gergasi Chen Xing, Xiao Yue Tiba di Malaysia
- Pangkalan Panda Gergasi Baharu Mula Operasi Percubaan di Chengdu
- Sichuan Pergiat Pembangunan Taman Negara Panda Gergasi
- Panda Huan Huan dan Yuan Zai di Perancis akan Pulang ke China








