- Lain-lain
Perusahaan China Kembang Sayap di Pasaran Global dengan Kekuatan Teknologi: Presiden USCBC
Banyak perusahaan China mampu mengembangkan sayap di pasaran global bukan lagi bergantung kepada kos yang rendah, sebaliknya dengan kekuatan teknologi mereka, kata Presiden Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-China (USCBC), Sean Stein.
Menurut beliau, sejumlah perusahaan China kini muncul sebagai peneraju dalam bidang teknologi dan industri pembuatan.
Stein berpendapat bahawa perusahaan AS datang melabur di China kerana negara ini mempunyai bakat-bakat cemerlang, rantaian bekalan yang lengkap serta sebilangan besar perusahaan yang inovatif dan cekap.
"Seiring ekonomi China serta ekosistem industrinya yang semakin matang, banyak hala tuju pembangunan adalah selaras sepenuhnya dengan pelan yang digariskan dalam siri Rancangan Lima Tahun (FYP) sebelum ini.
"Ini turut menjana peluang kerjasama yang tidak pernah ada pada masa dahulu," kata beliau dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG).
Stein turut menyeru komuniti perniagaan AS agar memberi sumbangan kepada pembentukan hubungan China-AS berteraskan kestabilan strategik yang konstruktif kerana ia bukan sahaja bermanfaat kepada perusahaan dan rakyat kedua-dua negara, malah boleh membawa kepastian buat dunia.
- Xi Seru Usaha Berterusan Perkasa Industri Pembuatan Maju
- Mengapa Produk "Buatan China" Boleh Meraih Populariti di Kalangan Pengguna Dunia?
- Penyaman Udara China Penyelesai Krisis Gelombang Haba Eropah
- Keuntungan Industri Berskala Besar China Catat Lonjakan
- Keuntungan Perusahaan Utama Industri Perkilangan Naik 15.5 Peratus Suku Pertama 2026
- Alat Kimpal Pintar Debut di Tapak Pembinaan Rel, Zhejiang
- Jiangsu Percepat Perkembangan Industri Automotif
- Industri Pembinaan Kapal China Kekal Terdepan 16 Tahun Berturut-turut
- Industri Mesin China Rekod Pertumbuhan Stabil Pada 2025
- Rantaian Industri Besi dan Keluli yang Semakin Lengkap, Penggerak Pembangunan di Qian’an




