Mengapa Produk "Buatan China" Boleh Meraih Populariti di Kalangan Pengguna Dunia?

(CRI)Ahad 05 Julai 2026

Pada musim panas sekarang ini, di sebalik gelombang haba melampau yang melanda Eropah bertubi-tubi, "alat penyejuk" (pendingin hawa) buatan China turut meraih populariti tinggi di kalangan pengguna tempatan.

Data berkenaan menunjukkan bahawa dalam lima bulan pertama tahun ini, eksport pendingin hawa buatan China ke negara-negara Eropah Barat seperti Perancis, Belanda dan Belgium telah meningkat lebih dua kali ganda tahun ke tahun. Pada bulan Jun pula, eksport pendingin hawa buatan China ke Eropah melonjak sebanyak 72.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Pada masa ini, amalan unilateralisme dan perlindungan perdagangan terus berleluasa. Sejak awal tahun ini, Kesatuan Eropah (EU) telah berulang kali memperkenalkan langkah-langkah sekatan perdagangan terhadap China. Dengan latar belakang sedemikian, penjualan laris pendingin hawa dan "alat penyejuk" pelbagai jenis buatan China di Eropah, beserta peningkatan 10.3 peratus dalam jumlah dagangan antara China dengan EU dalam lima bulan pertama tahun ini, jelas membuktikan bahawa hakikat kerjasama ekonomi dan perdagangan China-EU adalah saling menguntungkan.

China bukanlah punca masalah yang dihadapi EU, sebaliknya merupakan rakan yang boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Pada musim panas sekarang ini, produk buatan Yiwu yang bertemakan Piala Dunia terus menjadi jualan laris; beca elektrik buatan China juga laris dijual di pasaran luar negara; produk gentian optik, kabel optik, dan modul optik buatan China pula sangat digemari pengguna asing.

Mengapa produk "Buatan China" mampu memikat hati pengguna di peringkat global? Felo Penyelidik dari Institut Strategi Global Kebangsaan di bawah Akademi Sains Sosial China, Pan Yuanyuan berkata, ini adalah kerana China sentiasa memberi perhatian kepada keperluan sebenar pengguna global, cekap menangkap maklumat pasaran, dan bergantung pada sistem perindustrian yang lengkap, rantaian bekalan yang komprehensif, serta rangkaian logistik yang cekap untuk menyediakan produk dan pakej penyelesaian dengan pantas yang mengutamakan kos efektif.

Selain kualiti yang terjamin, produk "Buatan China" juga mengandungi perkhidmatan yang teliti dan menyeluruh. Misalnya, terdapat sebuah syarikat China yang terus menggabungkan perkakasan dengan "perisian + operasi dan penyelenggaraan" sebagai satu pakej, melengkapkan peralatan jualannya dengan "otak pintar", ketika mengeksport suatu sistem lampu kecemasan ke luar negeri. Pendekatan seumpama itu bukan sahaja dapat menyesuaikan diri dengan senario pencahayaan yang kompleks untuk pengguna di luar negara, tetapi juga boleh membantu memacu peningkatan pendigitalan dan pembangunan pintar dalam masyarakat tempatan.

Daripada hanya mengeksport suatu produk tunggal kepada menyediakan perkhidmatan yang lengkap, sehinggalah menawarkan pakej penyelesaian, China sudah berada di landasan transformasi menjadikan "keupayaan kukuh" dalam bidang pembuatannya sendiri sebagai "pendorong baharu" untuk menggalakkan pembangunan bersama di peringkat global.

Terbukti dari realiti bahawa China adalah rakan kongsi yang boleh dipercayai. China menjadi baik, dunia akan menjadi lebih baik.

Video

Berita Berkaitan