Operasi Mencari Penumpang Pesawat Terhempas Diteruskan

(CRI)Isnin 05 Oktober 2026

Operasi mencari enam penumpang dan kotak hitam pesawat yang terhempas pada 3 Oktober masih berterusan, kata Komander Daerah Timur Laut Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS), Matthew Lake dalam sidang akhbar pada Ahad.

Menurut pegawai Pengawal Pantai AS, sebuah pesawat peribadi yang membawa enam orang terputus hubungan dalam penerbangan dari Bermuda ke Boston pada 3 Oktober.

Serpihan pesawat berkenaan ditemui di permukaan laut pada malam hari yang sama.

Video

Berita Berkaitan