AS Umum Sekatan Baharu terhadap Iran

(CRI)Jumaat 09 Oktober 2026

Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengumumkan bahawa pihaknya akan mengenakan sekatan pusingan baharu terhadap Iran.

Antara yang akan dikenakan sekatan termasuk17 buah kapal yang mengangkut minyah mentah, produk petroleum dan produk petrokimia Iran.

Pada hari sama, Presiden AS Donald Trump turut menyatakan bahawa pihaknya sedang mengadakan rundingan berkesan dengan Iran.

Trump juga memberi bayangan bahawa AS tidak akan melancarkan serangan terhadap Iran sebelum pilihan raya pertengahan penggal Kongres AS yang dijadual bermula pada 3 November.

Video

Berita Berkaitan