Sekatan ke atas Iran Tidak Membantu Selesaikan Masalah

(CRI)Jumaat 21 Ogos 2026

Langkah sekatan atau tekanan tidak akan membantu menyelesaikan masalah, menurut jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian, dalam sidang akhbar di Beijing pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika mengulas langkah Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump,yang mengumumkan “operasi ekonomi yang paling melumpuhkan” terhadap Iran pada Rabu.

Lin berkata China menyeru semua pihak berkaitan agar mengambil langkah bertanggungjawab dan menyelesaikan masalah melalui saluran diplomatik.

Video

Berita Berkaitan