- Lain-lain
China Tolak Draf PBB Tentang Pemulihan Sekatan terhadap Iran
China menolak satu draf yang diketengahkan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) berhubung pemulihan sekatan terhadap Iran di sini Khamis.
Setelah pengundian terhadap draf resolusi tersebut yang selesai diadakan berdasarkan mandat dari kumpulan pakar Jawatankuasa Sekatan Iran, Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Fu Cong berkata, UNSC perlu menunjukkan kepimpinan dengan tindakan bertanggungjawab, sekaligus mengelakkan daripada amalan dwipiawaian, manipulasi politik dan konfrontasi yang bertekanan.
"China menekankan penyelesaian politik dan diplomatik terhadap isu nuklear Iran, maka mengundi menentang dalam pengundian tersebut.
"Resolusi Nombor 2231 tentang perjanjian komprehensif isu nuklear Iran telah tamat pada 18 Oktober 2025, dan UNSC sudah pun menghentikan pembahasan tentang pemeriksaan isu nuklear Iran," ujar Fu.
"Dengan demikian, mengetengahkan draf resolusi yang penuh kontroversi yang bertujuan memulihkan sekatan terhadap Iran tanpa mengambil kira fakta-fakta tersebut, hanya akan merosakkan kesatuan dan kredibiliti UNSC serta menimbulkan halangan kepada usaha diplomatik," tambah beliau.
Untuk rekod, UNSC gagal meluluskan draf resolusi berkenaan yang telah mendapat mandat dari kumpulan pakar Jawatankuasa Sekatan Iran.
Draf resolusi yang dirangka oleh Amerika Syarikat itu mendapat 11 undi setuju, 2 undi menentang, 2 undi berkecuali.
Rusia dan China mengundi menentang, menjadikan draf resolusi itu ditolak.
- Perang AS-Iran akan Tamat Selepas Pilihan Raya Pertengahan Penggal - Trump
- AS Kenakan Sekatan Terhadap Individu dan Entiti Yang Sokong Proksi Iran
- China Bantah Sekatan Sepihak Haram terhadap Iran
- PBB Tubuhkan Pasukan Petugas Tangani Krisis Selat Hormuz
- AS Umum Sekatan Baharu terhadap Iran
- Harga Minyak Antarabangsa Naik 2 Peratus Berikutan Ancaman "Perang Ekonomi" AS terhadap Iran
- Sekatan ke atas Iran Tidak Membantu Selesaikan Masalah
- AS akan Kenakan Sekatan Paling Ketat terhadap Iran - Trump
- Sekutu AS di Teluk Dilaporkan Semakin Kecewa terhadap Pentadbiran Trump
- AS Didakwa Halang Rundingan Iran, Oman Berhubung Selat Hormuz




