China Bantah Sekatan Sepihak Haram terhadap Iran

(CRI)Rabu 26 Ogos 2026

Perang ekonomi dan tekanan maksimum tidak membantu menyelesaikan masalah, sebaliknya hanya akan meningkatkan percanggahan dan konflik.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China Lin Jian pada Selasa ketika diminta mengulas pengumuman Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Scott Bessent mengenai keputusan AS untuk mengenakan pusingan baharu sekatan bagi "mengasingkan ekonomi" Iran.

Lin berkata tindakan itu hanya akan menyebabkan risiko merebak ke kawasan lain, menjejaskan order ekonomi dan kewangan global dan kepentingan sah negara lain.

Beliau turut mengulangi pendirian bahawa China menentang sekeras-kerasnya sekatan unilateral haram yang tidak mempunyai asas undang-undang antarabangsa dan tidak mendapat kebenaran Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menyentuh mengenai laporan terdapat syarikat China turut terlibat dalam sekatan AS itu, Lin berkata kerjasama antara China dan Iran dilakukan di bawah rangka undang-undang antarabangsa dan tidak seharusnya diganggu.

Pihak China akan terus memberikan perhatian terhadap perkembangan semasa dan akan mengambil segala langkah yang perlu bagi memelihara hak dan kepentingan sendiri, ujarnya.

Video

Berita Berkaitan