- Lain-lain
China Umum Tindakan Balas terhadap Menteri Paraguay, Belize
China mengumumkan siri tindakan balas terhadap Menteri Maklumat dan Teknologi Komunikasi Paraguay, Gustavo Emigdio Villate Samaniego serta Menteri Luar Belize, Francis Fonseca susulan tindakan salah mereka dalam isu berkaitan China.
Keputusan berkenaan disiarkan menerusi laman sesawang Kementerian Luar (MFA) pada Isnin.
Jurucakap MFA, Mao Ning menyatakan bahawa tindakan tersebut adalah sebagai amaran dan langkah pencegahan mengikut Undang-undang Antisekatan Asing Republik Rakyat China.
Mao berkata segelintir politikus di Paraguay dan Belize ingin menjadi buah catur kepada pihak berkuasa Parti Progresif Demokratik (DPP) dalam cubaan mereka mengejar 'kemerdekaan Taiwan' menerusi sokongan kuasa luar.
Politikus terbabit melakukan lawatan mengejut ke Taiwan serta menerima kunjungan pemisah 'kemerdekaan Taiwan' di negara masing-masing.
Mao berkata tindakan seumpama merupakan satu bentuk campur tangan yang serius terhadap hal ehwal dalaman China.
Jurucakap itu turut menyelar kelakuan mereka menyebarkan maklumat palsu mengenai serangan siber oleh China, serta sengaja memburuk-burukkan imej China.
- Tanah Besar Kecam Kenyataan Lai Ching-te
- Soal Taiwan Urusan Dalaman China, Tidak Sepatutnya Dicampuri Kuasa Luar
- Soal Taiwan Terpenting dalam Hubungan China, AS
- Filipina Digesa Henti Beri Isyarat Salah kepada Pemisah 'Kemerdekaan Taiwan'
- Langgar Batas dalam Soal Taiwan Bawa Akibat yang Serius: MFA
- China Hargai Kenyataan PM Malaysia Berhubung Isu Taiwan
- China, Indonesia Jayakan Latihan Bersama di Timur Pulau Taiwan
- Tentera Laut China dan Indonesia Adakan Latihan Bersama di Timur Pulau Taiwan
- Taiwan Bukan Negara, Maka Istilah "Maruah Negara" Tidak Wujud
- China Kritik Kenyataan Berat Sebelah Pihak Berkuasa Taiwan Berhubung Isu Terumbu Ren'ai




