- Lain-lain
China Sokong Indonesia Terjemahkan Kelebihan Sumber kepada Momentum Pembangunan: MFA

China bersedia untuk terus bekerjasama dengan Indonesia berpandukan konsensus strategik yang dicapai pemimpin kedua-dua negara dan memperkasa kolaborasi saling menguntungkan dalam bidang tenaga, perlombongan dan lain-lain.
Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar (MFA) China Mao Ning dalam sidang media di Beijing pada Selasa, sebagai respons terhadap ucapan Presiden Indonesia Prabowo Subianto semasa majlis pelancaran projek hiliran perlombongan yang dibiayai China baru-baru ini.
Mao berkata sejak sekian lama, China dan Indonesia mengukuhkan kerjasama dalam bidang berkenaan dengan memanfaatkan kelebihan masing-masing sehingga membawa limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
Kejayaan syarikat China di Indonesia juga adalah kejayaan Indonesia, kata beliau sambil menambah bahawa China akan terus menyokong Indonesia menterjemahkan kelebihan sumber aslinya kepada momentum pembangunan demi kemakmuran sosioekonomi negara itu.
- Makin Ramai Pembaca Mandarin, Hubungan Buku China-Indonesia Kembang Maju
- Zhao Leji Bertemu Ketua Majelis Permusyawaratan Rakyat Indonesia
- Wang Yi Terima Kunjungan Pengerusi Majlis Ekonomi Nasional Indonesia
- Macau, Indonesia Mahu Perkasa Kerjasama Praktikal Pelbagai Bidang
- Wang Yi Bertemu Ketua DEN Indonesia
- Prabowo Terima Kunjungan Menteri Luar, Menteri Pertahanan China
- Wang Yi akan Lawat Korea Selatan, Indonesia
- Xi Ucap Simpati kepada Mangsa Gempa Bumi Indonesia
- China, Indonesia Jayakan Latihan Bersama di Timur Pulau Taiwan
- Tentera Laut China dan Indonesia Adakan Latihan Bersama di Timur Pulau Taiwan




