Wang Yi akan Lawat Korea Selatan, Indonesia

(CRI)Rabu 19 Ogos 2026

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Menteri Luar China Wang Yi akan mengadakan lawatan ke Korea Selatan dan Indonesia dari 19 hingga 22 Ogos.

Lawatan tersebut adalah atas undangan menteri luar kedua-dua negara tersebut.

Dalam tempoh lawatan ke Indonesia, Wang Yi akan mempengerusikan Mesyuarat Pertama Mekanisme Dialog Strategik Komprehensif China-Indonesia.

Selain itu, beliau juga akan bersama Menteri Pertahanan China Dong Jun menghadiri Mesyuarat Peringkat Menteri kali kedua Mekanisme Dialog Menteri Luar dan Menteri Pertahanan China-Indonesia (2+2).

Video

Berita Berkaitan