- Lain-lain
Wang Yi Bertemu Ketua DEN Indonesia
![]() |
Menteri Luar China Wang Yi mengadakan pertemuan dengan Ketua Dewan Ekonomi Nasional Indonesia (DEN) Luhut Binsar Pandjaitan di Jakarta pada Sabtu.
Wang, yang juga Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengatakan bahawa China bersedia berganding bahu dengan Indonesia untuk memaksimumkan peranan mekanisme dialog strategik komprehensif China-Indonesia serta mekanisme dialog Menteri Luar dan Menteri Pertahanan (2+2) antara kedua-dua negara, meningkatkan persefahaman di samping mengurangkan gangguan, meneroka potensi kerjasama, agar mendorong kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang berkembang selaras dengan perkembangan arus zaman.
Beliau menegaskan bahawa China dengan tulus hati bersedia membantu Indonesia mempercepat proses pembangunan, dan menggalakkan dan menyokong syarikat China meluaskan pelaburan di Indonesia.
Sementara itu, China berharap dan yakin kerajaan Indonesia mampu membina iklim perniagaan yang selamat, stabil dan baik untuk syarikat China, kata Wang Yi.
Luhut dalam pertemuan itu berkata, hubungan antara Indonesia dan China dibina berasaskan saling menghormati dan saling mempercayai serta persahabatan yang kukuh.
Kerjasama antara kedua-dua negara khususnya pelaburan syarikat China di Indonesia memberikan sumbangan besar untuk pembangunan ekonomi dan peningkatan taraf hidup rakyat Indonesia, kata beliau.
Luhut menegaskan bahawa Indonesia sentiasa mengalu-alukan pelaburan syarikat China dan komited untuk menyediakan iklim perniagaan yang saksama dan mesra kepada pelabur China.
![]() |
- Wang Yi akan Lawat Korea Selatan, Indonesia
- Xi Ucap Simpati kepada Mangsa Gempa Bumi Indonesia
- China, Indonesia Jayakan Latihan Bersama di Timur Pulau Taiwan
- Tentera Laut China dan Indonesia Adakan Latihan Bersama di Timur Pulau Taiwan
- Konvoi Kapal Perang 83 Tentera Laut China Tiba di Indonesia untuk Lawatan Muhibah
- Armada Tentera Laut China akan Lawat Indonesia
- Firma Robotik China Teroka Peluang di Indonesia
- Indonesia Raikan TBC dengan Upacara Rasmi pada Peringkat Kebangsaan Buat Julung Kalinya
- Syarikat China Dialu-alukan Labur dalam bidang Strategik Pembangunan Indonesia: Menteri Indonesia
- Indonesia Sambut Kelahiran Bayi Panda Gergasi Pertama






