- Lain-lain
China, UAE Tingkatkan Komunikasi Galakkan Keamanan di Asia Barat

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China Wang Yi menerima kunjungan Utusan Khas Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi Hal Ehwal China, H.E. Khaldoon Khalifa Al Mubarak di Beijing pada Selasa.
Wang Yi berkata bahawa rantau Asia Barat sedang mengalami perubahan mendalam, dengan konflik berlarutan di pelbagai peringkat sehingga keselamatan dan pembangunan serantau terhakis susulan kesan limpahan yang bertubi-tubi.
Keamanan, dialog dan keadilan cenderung menjadi yang diidam-idamkan di kalangan rakyat di rantau itu, dan bukannya peperangan, konfrontasi atau pembulian.
Bagaimanapun, jalan menuju keamanan tidak pernah mudah ditempuh dan perpaduan sangat diperlukan demi mewujudkan keamanan dan mengakhiri peperangan.

"China berperanan sebagai pembina keamanan, pemacu kestabilan, dan penyumbang pembangunan di Asia Barat sejak sekian lama.
"Kami konsisten dalam pelaksanaan siri inisiatif Presiden Xi Jinping yang menyasar keamanan dan kestabilan, berusaha terus menyumbang dan memainkan peranan konstruktif dalam mendorong gencatan senjata secara menyeluruh, memajukan penyelesaian politik, dan membantu rundingan berkenaan disambung secepat mungkin demi keamanan yang berkekalan, ," kata Wang.
Sementara itu, Khaldoonberkongsi situasi semasa di kawasan Teluk dan Asia Barat serta kerja yang dilakukan oleh pihak UAE, dan menyatakan kesediaan untuk memperkukuh komunikasi dan koordinasi dengan China bagi bersama-sama mempromosikan keamanan dan kestabilan serantau.
- Xi Bertemu Putera Mahkota Abu Dhabi, UAE di Beijing
- Wang Yi Bertemu Utusan Khas Presiden UAE
- Putera Mahkota Abu Dhabi Emiriah Arab Bersatu Dijadual Lawat China
- Pegawai China, UAE Bincang Situasi Semasa Asia Barat
- Utusan Khas China bagi Isu Asia Barat Temui TPM UAE
- China akan Hantar Utusan Khas ke Timur Tengah Dorong Perdamaian
- Menteri Luar China, UAE Bertemu di Abu Dhabi
- Wang Yi Lawat UAE, Arab Saudi dan Jordan Bermula Hari Ini
- Presiden China, UAE Tukar Ucapan Tahniah Ulang Tahun ke-40 Hubungan Rasmi
- Hubungan Perdagangan China-UAE Semakin Erat - PM Li




