- Lain-lain
Wang Yi Bertemu Utusan Khas Presiden UAE

Menteri Luar China Wang Yi mengadakan pertemuan dengan Utusan Khas Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi Hal Ehwal China, Khaldoon Khalifa Al Mubarak di Beijing pada Isnin.
Wang berkata China memahami sepenuhnya kebimbangan negara-negara Teluk terhadap isu keselamatan, dan menyokong usaha UAE dalam melindungi kedaulatan, keselamatan dan kepentingan negara.

Beliau menegaskan bahawa sekatan ke atas Selat Hormuz adalah tidak selaras dengan kepentingan masyarakat antarabangsa.
Pelaksanaan gencatan senjata secara menyeluruh dan berkekalan menerusi saluran politik dan diplomatik merupakan pendekatan asas bagi menyelesaikan isu berkenaan, katanya.

Sementara itu, Khaldoon berkata UAE menghargai usaha dilakukan China bagi mendorong peredaan situasi di Asia Barat sambil menyatakan harapan agar China memainkan peranan yang lebih besar dalam hal itu.
Khaldoon mengiringi Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan melawat China dari 12 hingga 14 April.
- Putera Mahkota Abu Dhabi Emiriah Arab Bersatu Dijadual Lawat China
- China Ulangi Gesaan Hentikan Segera Operasi Ketenteraan di Asia Barat
- China, Arab Saudi Sedia Bersama Bantu Redakan Ketegangan di Asia Barat
- China, EU Sedia Bersinergi Dorong Gencatan Senjata di Asia Barat
- Menteri Luar China, Bahrain Bincang Situasi Asia Barat
- China, Kanada Sedia Usaha Bersama Selesaikan Masalah di Asia Barat
- Utusan Khas China bagi Isu Asia Barat, Duta Rusia Bincang Situasi Semasa
- Menteri Luar China, Mesir Bincang Situasi di Asia Barat
- Menteri Luar China, Turkiye Bincang Konflik Asia Barat
- China Kekal Pendirian Isu Asia Barat Diselesai melalui Jalan Damai




