- Lain-lain
China, Austria Ikrar Perluas Kerjasama Sektor Memuncul
![]() |
China sedia bersama-sama Austria untuk mewujudkan enjin baharu pertumbuhan ekonomi dan perdagangan menerusi peluasan kerjasama pragmatik dalam sektor memuncul antaranya kecerdasan buatan (AI), ekonomi digital dan pembangunan hijau.
Presiden China Xi Jinping membuat kenyataan itu ketika mengadakan pertemuan dengan Canselor Austria, Christian Stocker di Beijing pada Jumaat.
Xi berkata China dan Austria harus bersama-sama mengamalkan multilateralisme jitu, menyokong perdagangan bebas serta menyumbang kepada pembinaan sistem tadbir urus global yang lebih adil dan munasabah.
China dan Eropah perlu menumpukan kepada kerjasama, berpegang pada penyelesaian geseran perdagangan melalui dialog dan perundingan sehingga mencapai manfaat bersama dan pembangunan bersama, ujar beliau.
Sementara itu, Stocker menzahirkan kesediaan Austria untuk memperkasa kolaborasi dengan China dalam bidang perdagangan, pelaburan, teknologi dan inovasi, selain terus merapatkan pertukaran sosiobudaya.
![]() |






