China, Gabon Tingkatkan Hubungan kepada Komuniti Berkongsi Nasib Era Baharu

(CRI)Sabtu 07 November 2026

Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Gabon Brice Clotaire Oligui Nguema di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Jumaat.

Pemimpin kedua-dua negara mengumumkan peningkatan hubungan bilateral kepada komuniti berkongsi nasib untuk era baharu.

Xi menegaskan kedua-dua pihak perlu memperkasa penyelarasan strategi pembangunan, di samping memupuk titik pertumbuhan baharu untuk kerjasama dua hala.

Kedua-dua pihak juga hendaklah mengoptimumkan peluang baharu daripada layanan tarif sifar bagi barangan Afrika serta 'laluan hijau' untuk eksport produk pertanian dan makanan Afrika ke China, selain mendorong penaiktarafan kerjasama perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara, ujar beliau.

Nguema pula berkata Gabon berhasrat terus memperkukuh kerjasama pragmatik dengan China dan mengalu-alukan lebih banyak syarikat China melabur dan menjalankan perniagaan di negara itu.

Beliau turut menzahirkan komitmen pihaknya untuk merapatkan penyelarasan dengan China bagi memperkasa solidariti dan kolaborasi Afrika-China serta bersama-sama memelihara kepentingan negara Selatan Global.

Video

Berita Berkaitan