Pasangan Panda Gergasi Baharu Kukuh Persahabatan Rakyat China dan AS - MFA

(CRI)Rabu 11 November 2026

Kehadiran pasangan panda gergasi dari China iaitu Ping Ping dan Fu Shuang tidak sekadar membawa kegembiraan kepada masyarakat di Amerika Syarikat (AS), malah turut menjadi simbol persahabatan yang erat antara rakyat di kedua-dua negara.

Demikian menurut jurucakap Kementerian Luar (MFA) China, Guo Jiakun dalam sidang media di Beijing pada Selasa ketika diminta mengulas mengenai pembukaan Pavilion Panda Gergasi di Zoo Atlanta, baru-baru ini bagi menempatkan dua ekor panda gergasi baharu dari Chengdu, China.

Menurut Guo, China amat berbesar hati apabila melihat pasangan panda gergasi China, Ping Ping dan Fu Shuang yang tiba di Atlanta pada 27 September lalu, diperkenalkan buat kali pertama kepada orang ramai di AS.

Pada 24 September, Presiden China, Xi Jinping semasa melakukan lawatan rasmi ke Washington mengumumkan penempatan dua ekor panda gergasi di Zoo Atlanta dan perkembangan itu turut disambut baik dalam kalangan rakyat AS.

Video

Berita Berkaitan