China Lancar Shenzhou-24, Bawa Angkasawan Asing Pertama

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 25 November 2026

Siri foto yang diambil pada 25 November 2026 ini menunjukkan kapal angkasa berkru Shenzhou-24 dilancarkan dengan roket pembawa Long March-2F di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, barat laut China. (Foto oleh Wang Jiangbo/Xinhua)

China melancarkan kapal angkasa berkru Shenzhou-24 pada Rabu, membawa tiga orang angkawasan termasuk seorang pakar muatan dari Pakistan, menuju ke stesen angkasa Tiangong yang mengorbit bumi.

Kapal angkasa tersebut dilancarkan dengan roket pembawa Long March-2F di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, barat laut China, pada pukul 8:18 pagi waktu Beijing, menurut Agensi Angkasa Lepas Berawak China (CMSA).

Kira-kira 10 minit selepas pelancaran, kapal itu berpisah daripada roket dan memasuki orbit yang ditetapkan, maklum CMSA. Pelancaran kapal angkasa berkru Shenzhou-24 ini dianggap “suatu kejayaan menyeluruh”.

Kapal angkasa tersebut dilaporkan akan melakukan pencantuman automatik secara pantas dengan kompleks stesen angkasa lepas itu, dan kru Shenzhou-24 kemudian akan masuk ke Tiangong.

Angkasawan yang terlibat ialah komander misi dan juruterbang kapal angkasa Tang Hongbo, jurutera penerbangan Wu Yi, serta angkasawan Pakistan Muhammad Zeeshan Ali, angkasawan asing pertama yang melawat Tiangong.

Dalam sejarah program angkasa lepas berawak China, misi Shenzhou-24 ini merupakan penerbangan bersama pertama membabitkan angkasawan China dan asing.

Memetik jurucakap CMSA Zhang Jingbo, lebih daripada 90 eksperimen sains dan ujian teknologi dijadualkan semasa misi Shenzhou-24, yang meliputi sains hayat angkasa, sains bahan angkasa, fizik bendalir mikrograviti dan sains pembakaran, fizik asas, perubatan angkasa, dan teknologi angkasa baharu.

Empat projek kerjasama China-Pakistan dalam bidang bioteknologi dan bahan juga akan dijalankan dalam tempoh misi, manakala Ali akan mengendalikan eksperimen berkaitan sianobakteria berfotosintesis dalam orbit, maklum jurucakap itu pada taklimat media Selasa lalu.

Selepas selesai menjalankan penerbangan bersama jangka pendek, angkasawan Pakistan itu akan pulang ke bumi menaiki kapal angkasa Shenzhou-23 bersama dua anggota kru Shenzhou-23. Dua lagi angkasawan Shenzhou-24 pula akan tinggal di orbit selama kira-kira enam bulan bersama angkasawan Shenzhou-23 Zhu Yangzhu, yang sudah enam bulan di orbit dan akan terus berada di Tiangong untuk menyelesaikan eksperimen yang memerlukan masa setahun.

Setakat ini, China telah menghantar 31 orang angkasawannya serta seorang angkasawan asing ke angkasa lepas. Misi kali ini merupakan kali ke-680 bagi siri roket pembawa Long March.

Kapal angkasa berkru Shenzhou-24 dilancarkan dengan roket pembawa Long March-2F di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, barat laut China, 25 November 2026. (Foto oleh Zhang Xiaoyu/Xinhua)

Kapal angkasa berkru Shenzhou-24 dilancarkan dengan roket pembawa Long March-2F di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, barat laut China, 25 November 2026. (Foto oleh Yang Xiaobo/Xinhua)

Video

Berita Berkaitan