Kru Kapal Angkasa Shenzhou-24 Ditemui Wartawan dalam Sidang Akhbar Hari Ini

(CRI)Selasa 24 November 2026

This undated photo shows Shenzhou-24 crew members Tang Hongbo (C), Wu Yi (R), and Pakistani astronaut Muhammad Zeeshan Ali. (foto/Xinhua)

This undated photo shows Shenzhou-24 crew members Tang Hongbo (C), Wu Yi (R), and Pakistani astronaut Muhammad Zeeshan Ali. (foto/Xinhua)

Foto ini menunjukkan kru kapal angkasa Shenzhou-24, iaitu Tang Hongbo (tengah), Wu Yi (kanan), and jurutera penerbangan Pakistan Muhammad Zeeshan Ali.

Menurut maklumat daripada Pejabat Kejuruteraan Angkasa Lepas Bermanusia China, kru kapal angkasa Shenzhou-24 terdiri daripada tiga orang angkasawan, iaitu juruterbang Tang Hongbo, jurutera penerbangan Wu Yi, dan pakar muatan Muhammad Zeeshan Ali, antaranya Tang Hongbo menyandang jawatan sebagai komander.

Keputusan itu adalah dibuat oleh Markas Induk Tugasan Penerbangan Peringkat Pembangunan dan Aplikasi Stesen Angkasa Lepas China berdasarkan pertimbangan dan hasil kajian sebelum ini.

Kru penerbangan yang merangkumi seorang angkasawan asing ini merupakan yang pertama dalam sejarah projek angkasa lepas bermanusia China. Komander Tang Hongbo yang pernah melaksanakan misi penerbangan bermanusia Shenzhou-12 dan Shenzhou-17, akan menjadi angkasawan pertama yang melawat stesen angkasa China yang bernama 'Tiangong' sebanyak tiga kali.

Sementara itu, Muhammad Zeeshan Ali ialah salah seorang angkasawan asing yang terpilih dari kumpulan pertama untuk projek itu berdasarkan perjanjian kerjasama antara China dengan Pakistan.

Mengikut rancangan, angkasawan asing pertama itu akan kembali bersama kapal angkasa bermanusia Shenzhou-23 selepas menetap di 'Tiangong' untuk suatu jangka masa yang pendek.

Dalam perkembangan lain, angkasawan Zhu Yangzhu sebagai salah seorang kru Shenzhou-23, akan terus bertugas di orbit untuk melibatkan diri dalam pelaksanaan misi penerbangan bermanusia Shenzhou-24, sekali gus akan menjadi angkasawan pertama China yang menetap di orbit untuk tempoh sepanjang tahun dengan melangkaui musim bunga, musim panas, musim gugur dan musim sejuk.

Pada hari ini bersamaan 24 November 2026 waktu Beijing, ketiga-tiga angkasawan itu ditemui bersama wartawan dari dalam dan luar negara di Balai Wentian, Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan.

Video

Berita Berkaitan