Bina Komuniti Berkongsi Nasib China-Thailand yang Lebih Stabil, Makmur dan Mampan (2)

(CRI)Isnin 21 November 2022
Bina Komuniti Berkongsi Nasib China-Thailand yang Lebih Stabil, Makmur dan Mampan
Presiden China, Xi Jinping mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha di Jabatan Perdana Menteri di Bangkok pada 19 November.

Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha bersetuju untuk membina komuniti berkongsi nasib China-Thailand yang lebih stabil, makmur dan mampan.

Persetujuan itu dicapai kedua-dua pemimpin dalam pertemuan di Bangkok pada Sabtu.

Xi Jinping mengucapkan tahniah kepada Thailand yang menganjurkan Sidang Pemimpin ke-29 Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) dengan jayanya.

Beliau menyatakan bahawa hubungan persahabatan antara China dan Thailand bersejarah lama. Sejak perkongsian strategik komprehensif ditubuhkan sepuluh tahun dahulu, persahabatan tradisional kedua-dua negara semakin erat, kerjasama strategik komprehensif diperluas, dan hubungan kedua-dua negara berjaya dilonjakkan ke tahap lebih tinggi.

Xi berkata, China mementingkan hubungan dengan Thailand, dan bersedia meningkatkan hubungan istimewa kedua-dua negara ini yang “rapat umpama sekeluarga”, menambah makna baharu kepada persahabatan itu, membuka halaman baharu hubungan dua hala, dan memberikan lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Selain itu, China bersedia mengintensifkan perpaduan dan kerjasama dengan negara-negara ASEAN, menumpukan kepada pembinaan bersama kampung halaman yang aman, selamat, makmur, indah dan muhibah, serta menyumbangkan kedinamikan kepada perkongsian strategik komprehensif China-ASEAN.

Prayut mengucapkan tahniah kepada Xi atas Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) yang diadakan dengan jayanya baru-baru ini, dan pelantikan terus Xi sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC.

Beliau menyatakan, Thailand menyokong Inisiatif Pembangunan Global (GDI) dan Inisiatif Keselamatan Global (GSI) anjuran Xi, dan menyokong China memainkan peranan yang lebih besar dalam urusan serantau dan antarabangsa.

Selepas pertemuan itu, kedua-dua pemimpin telah menyaksikan pemeteraian Pelan Tindakan Bersama Perkongsian Strategik China-Thailand (2022-2026), Perancangan Kerjasama China dan Thailand bagi Menggalakkan BRI, serta dokumen kerjasama dalam sektor pelaburan, ekonomi, perdagangan, e-niaga, inovasi sains dan teknologi dan lain-lain.

Kedua-dua pihak juga mengeluarkan Pengumuman Bersama China-Thailand untuk Membina Komuniti Berkongsi Nasib yang Lebih Stabil, Makmur dan Mampan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan