Xi Utus Tahniah Perasmian Persidangan ke-16 TWAS

(CRI)Selasa 22 November 2022

Presiden China Xi Jinping mengirim surat tahniah sempena perasmian persidangan ke-16 Akademi Sains Dunia (TWAS) di Hangzhou, provinsi Zhejiang pada Isnin.

Xi berkata China bersedia bersama semua negara mempertingkatkan keterbukaan, kepercayaan dan kerjasama dalam komuniti sains dan teknologi antarabangsa demi manfaat buat rakyat seluruh dunia.

Beliau turut meluahkan hasrat ingin bersinergi dengan negara-negara lain untuk menyumbang kepada pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global dan Agenda Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), serta pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan