Artikel Xi Diterbitkan di Akhbar Arab Saudi

(CRI)Khamis 08 Disember 2022

Akhbar Al Riyadh hari ini menerbitkan artikel yang ditulis oleh Presiden China, Xi Jinping sempena beliau menghadiri Sidang Kemuncak China-Negara-negara Arab pertama dan Sidang Kemuncak China-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di Riyadh serta lawatan rasmi ke Arab Saudi, pada Selasa.

Artikel beliau bertajuk "Wariskan Persahabatan Beribu Tahun dan Bersama Cipta Masa Depan Lebih Cerah".

Xi dalam artikel itu berkata, China dan negara-negara Arab akan mewariskan semangat persahabatan, berganding tangan untuk membina komuniti berkongsi nasib China-Arab pada era baharu.

Beliau menyatakan, China dan negara-negara Arab akan terus berpegang kepada prinsip tidak mencampuri hal ehwal dalaman antara satu sama lain, saling menyokong teguh dalam memelihara kedaulatan dan keutuhan wilayah masing-masing, bersama-sama menjaga kesaksamaan dan keadilan antarabangsa.

Di samping itu, menurut Xi, kedua-dua pihak akan terus bekerjasama untuk memperkasakan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), memperluas kerjasama pragmatik dalam sektor bahan makanan, sumber tenaga, pelaburan dan pembiayaan, perubatan dan lain-lain supaya melonjakkan kerjasama saling menguntungkan dan sama menang antara China dengan negara-negara Arab ke tahap berkualiti lebih tinggi dan mendalam.

Xi dalam artikelnya mengatakan, China akan mengambil peluang daripada lawatan beliau kali ini untuk memperkukuh hubungan perkongsian strategik komprehensif dengan Arab Saudi, saling memahami dan saling menyokong, serta bersama-sama mempertahankan pendirian bebas dan berkecuali, dan berganding bahu untuk menentang campur tangan pihak luar.

Menurut artikel itu, China dan Arab Saudi harus meningkatkan integrasi antara BRI dengan Visi 2030 Arab Saudi, menggalakkan kerjasama dalam pelbagai bidang, dan merapatkan persahabatan dalam kalangan rakyat kedua-dua negara.

Selain itu, menurut Xi, kedua-dua negara harus meningkatkan koordinasi dalam mekanisme pelbagai hala seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kumpuan 20 (G20), dan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), bersama-sama mengamal multilateralisme yang benar agar menyumbang kepada keamanan dan kestabilan di rantau Timur Tengah serta pembangunan dan kemakmuran dunia. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan