Xi Balas Surat Pelajar Arab Saudi

(CRI)Khamis 08 Disember 2022

Presiden China, Xi Jinping membalas surat daripada wakil dari Arab Saudi yang belajar bahasa Mandarin baru-baru ini, menggalakkan golongan belia di negara tersebut untuk mempelajari bahasa Mandarin dengan baik supaya membuat sumbangan baharu untuk meningkatkan persahabatan China-Arab Saudi dan China-Arab.

Bahasa adalah kunci terbaik untuk memahami sesebuah negara, kata Xi, dan beliau amat gembira mengetahui mereka dapat mengenali China yang warna-warni, multi dimensi dan komprehensif melalui pembelajaran bahasa Mandarin dan mengambil bahagian dalam program pertukaran “Jambatan Bahasa Mandarin”.

Presiden Xi turut mempelawa belia dari negara itu untuk berkunjung ke China untuk meningkatkan persefahaman dan persahabatan dengan golongan belia di China, supaya bersama-sama mencipta masa depan yang lebih baik bagi hubungan China-Arab Saudi dan China-Arab.

Untuk rekod, lebih 100 pelajar muda dan peminat bahasa Mandarin dari Arab Saudi menulis surat kepada Presiden Xi baru-baru ini, berkongsi pengalaman mereka dalam mempelajari bahasa Mandarin, di samping menzahirkan keinginan untuk mengetahui lebih lanjut tentang China. Pelajar-pelajar tersebut berazam untuk menjadi utusan persahabatan muda antara Arab Saudi dan China.  

Gaya Hidup

Berita Berkaitan