Pintu Sempadan Mohan China-Laos Beroperasi Semula

(CRI)Isnin 09 Januari 2023
Pintu Sempadan Mohan China-Laos Beroperasi Semula

Perkhidmatan pelepasan kastam melibatkan pengembara dan kargo pulih secara menyeluruh di pintu sempadan Mohan yang menyambung daerah Xishuangbanna, China dengan Laos bermula pagi semalam.

Pintu Sempadan Mohan China-Laos yang strategik yang berperingkat kebangsaan terletak di laluan darat yang berhubung dengan Asia Tenggara yang paling mudah, dan berperanan sebagai salah satu pintu sempadan utama bagi import eksport buah-buahan dan produk pertanian antara China dengan Laos dan Thailand. Menurut peraturan berkenaan, pengembara yang memegang surat tanda negatif mengenai ujian asid nukleik dalam tempoh 48 jam, diizinkan masuk wilayah China tanpa dikenakan isolasi kuarantin selanjutnya bermula hari 8, Januari.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan