Pesta "Axi Fire Worship" Diadakan di Yunnan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 27 Februari 2023
Pesta
Persembahan budaya rakyat yang berwarna-warni (foto: Pu Jiayong/People.cn)

Pada 22 Februari, pesta "Axi Fire Worship" berlangsung di pekan Hongwan, kawasan perlindungan warisan budaya tidak ketara di wilayah autonomi Honghe etnik Hani dan Yi yang terletak di provinsi Yunnan. Pesta ini menarik kedatangan ramai pelancong dari dalam dan luar negeri.

"Axi Fire Worship" ialah perayaan korban yang paling penting bagi etnik Yi. Pada setiap hari ke-3 bulan qamari kedua, orang tempatan akan mengadakan perayaan besar-besaran untuk menyambutnya. Pada hari ini, lelaki dan wanita akan memakai corak-corak berkaitan dengan api pada muka dan pakaian, membalut apron diperbuat daripada daun dan linen, menghiaskan kepala dengan rumput dan buah-buahan, lalu menyanyi dan menari bersama-sama.

Pekan Hongwan merupakan tempat pesta api Axi etnik Yi ini terpelihara dengan baik. Selama bertahun-tahun, pekan tersebut turut mendorong pertumbuhan pelancongan dan pembangunan kawasan desa melalui penganjuran pesta "Axi Fire Worship".

 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan