Bunga Terancam Bermekaran di Tanah Lembap di Hainan (2)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 28 Februari 2023
Bunga Terancam Bermekaran di Tanah Lembap di Hainan
Bunga Ottelia cordata yang mekar di permukaan air. (Gambar oleh Meng Fansheng)

Kebelakangan ini, bunga Ottelia cordata yang merupakan tumbuhan terancam yang dilindungi negara dilihat bermekaran di kampung Longhe, bandar Haikou, ibu provinsi Hainan. Tumbuhan ini mempunyai keperluan yang tinggi terhadap kualiti air dan digelar sebagai ‘pemeriksa kualiti air’.

Menurut Timbalan Setiausaha Agung Persatuan Pemuliharaan Tanah Lembap Haikou, Zhou Yuan, bunga akuatik ini hanya tumbuh di kawasan gunung berapi di utara pulau Hainan, dan dulu hanya dapat dilihat di Tanah Lembap Yangshan.

Berkat usaha pemuliharaan yang berkesan tahun-tahun kebelakangan ini, bunga Ottelia cordata kini dapat juga dilihat di kawasan bandar selain kawasan pinggiran, contohnya Taman Tanah Lembap Negara Wuyuanhe di bandar Haikou. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan