Lumba Bajak Meriahkan Pesta Tani di Sichuan

Lumba Bajak Meriahkan Pesta Tani di Sichuan
Perlumbaan menanam padi. (Foto/Li Guiping)

Pada 21 Mac, sempena hari ekuinoks musim bunga atau Chunfen jika menurut kalendar tradisional Cina, kaunti Hejiang yang terletak di bandar Luzhou, Sichuan, menganjurkan perlumbaan membajak pada pesta petani yang juga dikenali sebagai Kaiyangmen.

Di kaunti Hejiang, iaitu tempat dengan sejarah penanaman padi yang paling panjang di Sichuan, Kaiyangmen adalah satu upacara tahunan yang diamalkan penduduknya secara turun-menurun sejak masa dahulu.

Pada zaman sekarang, adat tersebut telah digabungkan dengan perlumbaan membajak. Calon dari seluruh kaunti berlumba menanam padi, menanam sekoi, triatlon petani, menangkap ikan dan itik, serta bersuka ria sambil mendoakan cuaca yang baik dan tuaian yang banyak.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan