China Gesa AS Jangan Campur Urusan Hong Kong

(CRI)Selasa 04 April 2023

Beijing mengulangi pendirian bahawa urusan Hong Kong merupakan urusan dalaman China semata-mata, menolak sebarang campur tangan asing.

Demikian tegas jurucakap Kementerian Luar Mao Ning susulan tindakan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan laporan tahunan Akta Dasar Hong Kong pada 31 Mac.

Mao menyelar laporan itu berbaur fitnah terhadap kerajaan pusat dan pihak berkuasa Hong Kong.

“Langsung tidak mempedulikan fakta, AS menerusi laporan seumpama melemparkan tuduhan tidak berasas. Kami (Beijing) amat kesal dengan perkara ini dan membantah sekeras-kerasnya perbuatan sebegitu.”

“AS mesti berhenti menyiarkan laporan berkenaan dengan serta-merta, dan jangan mencampuri urusan Hong Kong dan urusan dalaman China,” kata beliau semasa taklimat harian, pada Isnin.

Mao berkata sejak Hong Kong pulang ke pangkuan tanah air, dasar ‘satu negara, dua sistem’ dan ‘warga Hong Kong mentadbir Hong Kong’ dengan autonomi pada tahap tinggi, dilaksanakan sepenuhnya bagi memastikan pelbagai hak dan kebebasan penduduk tempatan terpelihara.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan