14.43 Juta Penumpang Gunakan Kereta Api China-Laos

(CRI)Khamis 20 April 2023

Kereta api China-Laos beroperasi dengan selamat dan mantap, dan penghantaran penumpang berjumlah 14.43 juta sejak ia dirasmikan 500 hari dahulu.

Ini sekali gus menjadikan kereta api itu laluan pembangunan, kebahagiaan dan persahabatan bagi rakyat kedua-dua negara.

Kereta api China-Laos bukan sahaja membawa kesejahteraan besar kepada rakyat kedua-dua negara, malah juga menjadi teladan dalam pembinaan inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Untuk rekod, kereta api itu memulakan perkhidmatan penghantaran penumpang rentas sempadan China-Laos pada 13 April lalu. Penumpang yang bertolak dari Kunming boleh sampai ke Vientiane pada hari sama, dan sebaliknya.

Ini banyak memudahkan perjalanan rentas sempadan, dan menjadi pilihan utama bagi penumpang kedua-dua negara.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan