Laluan Kereta Api China-Laos-Thailand Beroperasi

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 08 Februari 2023

Pada 7 Februari, sebuah kereta api membawa 19 kontena rantaian sejuk dengan kira-kira 180 tan sayur-sayuran segar bertolak dari stesen sentral Kunming, provinsi Yunnan, China. Ini menandakan kejayaan operasi laluan kereta api China-Laos-Thailand.

Pada 7 Februari, kereta api China-Laos-Thailand pertama bertolak dari stesen sentral Kunming, provinsi Yunnan. (foto: Ding Yiquan/Xinhua)

Menurut China Railway Kunming Bureau Group Co., Ltd., kereta api ini dijangka tiba di Bangkok, Thailand selepas 55 jam. Berbanding dengan mod pengangkutan sebelum ini yang memerlukan pengangkutan kereta api dan jalan laya, laluan ini akan menjimatkan masa satu hari dan mengurangkan lebih 20% kos pengangkutan. Pada perjalanan pulang, kereta api tersebut akan diisi penuh dengan buah-buahan bermusim Thailand seperti longan dan durian.

Timbalan pengarah China Railway Kunming Bureau Group Co., Ltd., Xu Chao berkata, “Jabatan pengangkutan berkenaan mengukuhkan komunikasi dan koordinasi dengan jabatan kastam, mendorong pelaksanaan mod transit yang cepat untuk meminimumkan masa perlepasan”. Tambahnya, “laluan kereta api China-Laos-Thailand akan membina logistik rantaian sejuk yang lebih cepat dan stabil, sekali gus menggerakkan kerjasama perdagangan antara China dan negera-negara ASEAN”.

Pada 7 Februari, kereta api China-Laos-Thailand pertama bertolak dari stesen sentral Kunming, provinsi Yunnan. (foto: Ding Yiquan/Xinhua)

Difahamkan, barangan yang dibawa menerusi laluan kereta api China-Laos telah bertambah daripada 10 jenis pada awal pembukaannya kepada 1,200 jenis sekarang. Jumlah volum kargo telah melebihi 2.5 juta tan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan